9 Naga Pemasaran

Product Code: 9 Naga Pemasaran
Availability:
In Stock
Price: RM20.00

Pemasaran, seperti tulang belakang dalam sesebuah perniagaan. Teorinya mudah, iaitu hanya membuatkan pembeli tidak memilih produk pesaing. Itu sahaja. Namun, pelaksanannya meluas dan tidak mudah. 

9 Naga Pemasaran disusun penuh rapi, supaya ilmu yang dikongsi tidak sekompleks yang diajar di universiti. 9 Naga, merujuk sembilan elemen terpenting dalam pemasaran. Menjadi simbol kekuatan dan kegagahan bagi sembilan elemen yang taktikal, penuh kerahsiaan, dan berjaya. Antaranya;

1. Fahami Kehendak Pengguna

2. Awasi Faktor Persekitaran

3. Sesuaikan Kombinasi Pasaran

4. Tidak Salah Tafsir Kualiti

5. Amalan Efisien dan Efektif

6. Pelbagaikan Teknik Berlainan

7. Kenali Pesaing

8. Membuat Kejutan

9. Khidmat Pelanggan Terbaik

9 Naga Pemasaran wajib dibaca oleh perancang strategi sesebuah syarikat, pengurus, pegawai pemasaran, dan usahawan.

Nassrul Hakim Md Jani, pernah bertugas sebagai eksekutif pemasaran insuran, dan kini pensyarah di sebuah pengajian tinggi dalam subjek pemasaran. Pengalaman beliau sepanjang berceramah di banyak program keusahawanan, dan penulisan artikel di dua akhbar utama.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: