Alya Tufah Begitu Begini

Product Code: Alya Tufah Begitu Begini
Availability:
In Stock
Price: RM17.00

Alya : Awak ni kenapa? Ni nak kata badan saya gemuk la tu. Ingat orang kurus saja ke boleh menari?

Iqbal : Taklah. Saya tak pernah kata Alya gemuk. Tapi di sekolah...

Alya : Di sekolah apa? Budak-budak dekat sekolah tu panggil saya Alya Epal? Awak nak beritahu tu ke?

Iqbal : Err... biarlah apa orang nak kata, tapi saya tak pernah pun nak kata begitu pada Alya. Tapi kan, kalau dalam bahasa Arab, epal tu ialah 'tufah'. Buah tufah. Sedap kan bunyinya?

Iqbal melebarkan senyuman sambil menutup mulutnya. Alya Tufah!

Iqbal, jiran baharu merangkap rakan sekolah Alya. Lelaki itu memang menarik perhatian Alya tetapi kedua-dua mereka hanya memendam perasaan. Minat Alya yang mendalam dalam seni tarian tanpa sedar membawanya kepada satu peristiwa hitam. Rupa-rupanya dia dikhianati rakan sendiri. Mujur ada Iqbal menyelamatkan keadaan.

Selepas peperiksaan SPM, Alya pulang ke kampung menemani Tok Wan dan Tok Ki, sekali gus meninggalkan Iqbal tanpa sebarang khabar berita. Di sana, dia berkenalan pula dengan Jimi yang baik hati.

Alya : Jimi umur berapa?

Jimi : 28 tahun.

Izah : Abang Jimi ni dah tua, tapi tak kahwin-kahwin lagi. Entah tunggu siapalah...

Alya hanya tertawa kecil mendengar kata-kata Izah, adik Si Jimi itu. Dalam diam, dia berharap Jimi akan pilih Alya sebagai isterinya. Tapi...

Namun, pelangi yang diharapkan, hujan pula yang turun. Jimi rupa-rupanya....

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: