Betty oh Betty!

Product Code: Betty oh Betty!
Availability:
In Stock
Price: RM17.00

Sebenarnya aku kagum melihat perempuan yang cantik. Sedap mata memandang. Maklumlah aku ini 'Itik hodoh' mengikut gelar yang diberikan oleh Caroline.

Betty sering dipandang rendah oleh kakak sulungnya Caroline, kerana kulitnya yang gelap. Betty yang kuat makan itu kemudiannya berhijrah ke Semenanjung untuk belajar Perakaunan di Universiti Malaysia Maju. Seribu satu cabaran terpaksa ditempuhinya; daripada masalah pelajaran sehinggalah karenah teman-temannya.

Alam universiti turut membawa Betty ke alam percintaanya dengan Misa, seorang pelajar Sains Komputer. Hadirnya Tracy, bagaikan menggugat hubungan Betty dengan Misa. Lalu bagaimana akhirnya kisah mereka?

Kemudian, atas dasar ingin tahu gaya hidup siswi bertudung labuh dan penganut agama Islam, Betty menyewa rumah bersama-sama Siti dan kawan-kawan. Biarpun pada peringkat awal mereka enggan menerimanya atas alasan berlainan agama, tetapi Betty berjaya juga menjadi rakan serumah yang disenangi.

Kasihan padanya, walau sudah bergelar graduan, Caroline masih memandang rendah akan dirinya. Kenapa Caroline tidak habis-habis menuduhnya pembawa sial ya? Dan bagaimana pula cerita Betty apabila dia sudah bekerja?

Sebuah cerita santai, tetapi sarat dengan moral.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: