Budak Vespa

Product Code: Budak Vespa
Availability:
In Stock
Price: RM15.90

Wan Azmi, pelajar tingkatan lima mahu menyertai kumpulan Seroja, sebuah kumpulan geng motosikal kapcai yang berlagak di sekolahnya. Bagaimanapun, dia gagal menjadi ahli kerana tidak memiliki motosikal.


 Wan Azmi mahu menubuhkan kumpulannya sendiri. Dia meminta ayahnya membelikan motosikal tetapi gagal kerana alasan bagi memudahkannya ke sekolah tidak dapat diterima. Jarak antara rumah dan sekolahnya hanya 10 minit dengan berjalan kaki. Ayahnya menceritakan kesusahannya semasa muda menyebabkan Wan Azmi terpaksa menyerah kalah. Wan Azmi diberikan ladang getah untuk ditoreh dan hasilnya dibahagi dua dengan datuknya. Dia menoreh pada waktu petang dan susu getah dijadikan getah beku.


Dia dapat mengumpulkan wang dan membaiki motosikal vespanya. Dia mengecat vespanya dengan corak awan dan langit yang membiru dan meletakkan tali berumbai seperti yang biasanya ada pada handle motosikal Herley Dividson. Sekarang dia sudah bersedia mencari ahli kumpulan. Kumpulan ini dinamakan Vespa Kool. Syarat bagi menyertai kumpulannya:

1. Ada motosikal vespa.

2. Top 5 dalam peperiksaan

3. Menghormati ibu bapa.

4. Ada kerja sampingan (supaya ahli sentiasa berduit dan boleh bergaya)

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: