Aina Aini : Model Terhangat

Product Code: Aina Aini : Model Terhangat
Availability:
In Stock
Price: RM15.50

Bosannya bercuti panjang sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM! Kembar tidak seiras, Aina Syuhada dan Aini Syahida menghabiskan masa lebih seminggu di kediaman ibu saudara mereka di Kuala Lumpur.

Sepupu mereka, Emelia adalah seorang model majalah. Semasa menyibuk menemani Emelia menjalani penggambaran fesyen di sebuah majalah, tanpa disangka-sangka mereka ditawarkan peluang mencuba bakat sebagai model. Terkejutnya!  Namun, apa salahnya mereka mencuba?

Keistimewaan mereka menarik perhatian pihak tertentu. Akhirnya, Aina Syuhada dan Aini Syahida ditawarkan peluang muncul pada lembaran majalah. Tidak disangka, tidak pernah termimpi akan ditawarkan peluang ini!

Sekali-sekala ke ibu kota, dapat juga pengalaman baru. Dapat berkenalan juga dengan teman baru.

Namun, ada insiden yang tidak disangka-sangka berlaku. Berlaku kemalangan yang tidak kurang mencemaskan. Apa yang sebenarnya berlaku kepada Aina Syuhada dan Aini Syahida?

Jawapannya dalam Aina Aini : Model Terhangat!

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: