Bukan Gadis Biasa

Product Code: Bukan Gadis Biasa
Availability:
In Stock
Price: RM17.00

Hanah Taqwa bukan gadis biasa, dan dia juga bukan gadis luar biasa. Dia bukanlah seorang bidadari, bukanlah seorang malaikat. Dia hanyalah manusia, makhluk Allah yang lupa dan alpa. Dia sedar hidup ini tak selamanya lancar, tapi dia juga tidak menyangka yang hidupnya dipenuhi ranjau yang entah dia mampu tebas.

"Kalau boleh, Hanah nak macam Annys. Ada lelaki yang datang rumah, risik fasal Annys. Kan seronok macam tu."

Sejak bertemu dengan Najmi, wajah bersih itulah yang sering bermain-main diingatan Hanah. Namun, hidup bukan berdasarkan apa yang kita mahu. Kita hanya mampu merancang dan Allah- lah penentu yang terbaik.Satu insiden hitam telah meragut harapan dan masa depannya. Hanah gadis tabah dan tidak mengenal erti putus asa itu tiba-tiba tersungkur. Najmi yang menjadi tunangannya pula tekad untuk memutuskan pertunangan lalu membuatkan Hanah semakin kecewa.

Nu'man lelaki yang dianggap hanya sebagai kenalan biasa, tiba-tiba hadir menawarkan diri untuk menjadi teman hidupnya. Atas nasihat keluarga, Hanah menerima Nu'man walaupun hatinya dingin dan memberontak.

Apakah yang menyebabkan gadis setabah Hanah Taqwa itu berubah sekelip mata? Dapatkah Nu'man menerima Hanah yang kini bukan Hanah yang dikenalinya dulu?

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: