Aku Mahu C.K.

Product Code: Aku Mahu C.K.
Availability:
In Stock
Price: RM16.00

“Hai Diana....” Seorang pelajar menegur Diana.

Diana menoleh ke belakang, namun sebaik melihat muka Ahmad Badwi yang dahsyat, berjerawat dan berlubang-lubang seperti orang terkena sengatan tebuan... Diana terlompat ke arah Sazzy.

ARGHHHHH! OH MY GOD! PERGI JAUHLAH! HISH! HANTU KUM KUM! Muka buruk ada hati tegur-tegur orang! Hey, how dare you?”

“Budak ini tegur awak, Diana? Beraninya dia! Karate baru tahu! Dia tidak sedar agaknya, kita The Wannababes yang tinggi darjat! Junior ini mungkin terhantuk kepala dengan batu hingga berani mati menegur kita... senior-senior yang terhebat?” Sazzy menaikkan kening tanda dia memperlekehkan pelajar lelaki itu.

Maka secara serentak, The Wanababes menoleh ke arah Ahmad Badwi, gaya mahu menelannya. Ketika itu, Ahmad Badwi terasa malu yang amat sangat. Tidak tahu mana mahu disorokkan mukanya yang berjerawat! Lebih-lebih lagi apabila sebentar tadi Diana menggelarkan dirinya ‘hantu kum kum’. Oh, berat benar tuduhan itu!

Ahmad Badwi perlu mencari keberaniannya, menentang The Wannababes semula dan mengembalikan maruahnya. Adakah dia akan berjaya? Atau keberanian yang dicari itu mahal harganya?

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: