Bila Sena Kembali Berbunga 2

Product Code: Bila Sena Kembali Berbunga 2
Availability:
In Stock
Price: RM19.90

CINTA kepada ALLAH adalah cinta yang kekal abadi. Cinta kepada manusia pula merupakan satu ibadah. 

 

Begitu fikir Afikah sepanjang menyulam cinta bersama Zek sehingga hubungan mereka berakhir dengan ikatan perkahwinan. 

 

Mereka mendandan rumah tangga dengan iman, toleransi dan saling mengasihi. Namun, rupa-rupanya ada duri semalu yang cuba merobek kebahagiaan mereka dalam kesepian hati Afikah menanti kehadiran seorang cahaya mata. Zek cuba menyedarkan Afikah bahawa manusia perlu terus berdoa dalam rayu dan meminta, bukan mengeluh atau menyesali ketentuan ILAHI hanya kerana dia belum hamil. Tapi Afikah ragu, apakah Zek juga benar-benar ikhlas menerima takdir seperti dirinya atau sekadar menyedapkan bicara? Cinta mereka terus diuji bertubi-tubi. Hati Afikah hancur apabila akhirnya terpaksa berkongsi kasih suami dengan wanita lain. 

 

Dia tidak pernah menduga kesetiaannya terhadap Zek memaksa dia memijak bara api angkara godaan dan perangkap Julia. Luluh hatinya membayangkan malam pertama suaminya dengan isteri baru. 

 

Namun, dia redha dan dalam waktu yang sama kasihnya terhadap Zek semakin teguh. Mampukah perkongsian kasih ini bertahan dengan pengertian dan tolak ansur sebelah pihak? 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: