Biar Jarimu Kugenggam

Product Code: Biar Jarimu Kugenggam
Availability:
In Stock
Price: RM31.90

Dia tahu, emak pernah menasihati, kalau mahu berkahwin, carilah suami yang mengikut kata emak, tetapi berpada-pada. Carilah mentua yang berbudi bahasa dan tidak mengada-ngada.

Bila emak melihat Riduan, hati emak seperti tidak suka. Kata emak, Riduan anak emak. Terlalu bergantung dengan emak. Dan kalau berkahwin dengan lelaki seperti itu, emak takut Wilma mendapat bencana. Namun Wilma tidak kisah, dia sudah kenal Riduan lama. Akhirnya perkiraan Wilma tidak mengena.

Rumahtangga bahagia yang diimpikan, musnah begitu sahaja. Namun tanpa Wilma sedar, dalam duka laranya, ada cinta buat kali kedua.

Cinta yang menghapus segala dukacita. Henry, lelaki itu muncul menyambut cinta dan sedia menggenggam tangannya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: