10 Tokoh Idola Muslimah

Product Code: 10 Tokoh Idola Muslimah
Availability:
In Stock
Price: RM19.00

Buku ini mengajak para pembaca menelusuri dan menghayati sejarah perjuangan insan-insan hebat iaitu perjuangan tokoh-tokoh wanita Islam pada zaman silam yang perlu menempuh pelbagai cabaran dan pahit maung dalam perjuangan menegakkan Islam. Kisah hidup mereka perlu dijadikan pedoman dan juga teladan kepada umat selepas mereka di samping sebagai peringatan dan panduan dalam mengemudi bahtera kehidupan. Hakikatnya, mereka sudah berjaya meletakkan penanda yang terbaik dalam meniti tahap perjuangan. Mereka juga berjaya mengangkat martabat wanita sehinggakan nama dan kisah sebahagian daripada mereka terus tercatat dalam lembaran sejarah dan wahyu Ilahi. Kisah-kisah mereka yang disebut dalam Quran seperti pengalaman menyayat hati dan kesukaran para isteri Rasulullah membantu usaha beliau dalam menegakkan Islam iaitu ketika beliau diperintahkan supaya berdakwah kepada umatnya menuju jalan kebenaran dan cahaya Islam.

Setiap peristiwa yang tercatat dalam Quran mempunyai hikmahnya yang tersendiri kepada umat manusia terutama kepada kaum wanita. Wanita adalah tunggak utama dalam kehidupan berumah tangga kerana wanita yang melahirkan serta mendidik anak-anak iaitu pewaris generasi akan datang. Penglibatan tokoh-tokoh wanita dalam menegakkan agama suci Allah tidak boleh dianggap remeh. Ia adalah titik tolak kepada kemenangan Islam itu sendiri. Bahkan kejayaan, kemenangan dan keunggulan mereka sebagai srikandi terbilang sememangnya tercatat dalam lipatan sejarah dan tidak boleh dipertikaikan. Peranan mereka sememangnya terlalu besar dalam menonjolkan peribadi unggul sebagai tatapan generasi dan umat masa kini yang perlu dijadikan sebagai role model dan boleh diketengahkan sebagai idola kepada wanita hari ini dalam merencanakan kehidupan mereka.

Tokoh muslimah yang diketengahkan ini mampu memberikan impak yang besar kepada kita yang ketandusan tokoh-tokoh yang dapat memenuhi kriteria sebagai srikandi yang cemerlang dalam segenap segi terutama dalam mentarbiah anak bangsa supaya berjaya dan berjiwa besar serta bangkit menjadi idola pemangkin kepada generasi akan datang. Justeru, penting bagi kita menyoroti kisah hidup, kehebatan, titik tolak kejayaan dan rahsia besarnya jiwa mereka dalam meraih keunggulan daripada segi peribadi, sahsiah, perwatakan dan sebagainya.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: