Berdayung Mudik

Product Code: Berdayung Mudik
Availability:
Out Of Stock
Price: RM25.00

Fahaman Komunisme di Asia Tenggara pada awal abad ke-20 didokong oleh kuasa besar Asia, iaitu China, telah mensasarkan untuk mewujudkan negara-negara komunis di Asia Tenggara. Di Tanah Melayu, matlamat untuk menubuhkan Republik Komunis telah diperjuangkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Bagi mencapai matlamatnya, PKM telah membangkitkan semangat nasionalisme dan menyebarkan ideologi komunisme di kalangan masyarakat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dan jantina dengan menjadikan pemberontakan bersenjata sebagai jalan akhir perjuangan. Oleh itu, pembabitan kader-kader wanita dalam PKM menjadi fokus utama buku ini bagi melihat sejauh mana pentingnya peranan wanita dalam PKM. Nama-nama penting seperti Shamsiah Fakeh, Suriani Abdullah, dan Lee Meng menjadi satu tarikan untuk diketahui sejauh mana pentingnya peranan wanita yang sanggup mengetepikan adat dan budaya untuk berjuang dalam gerakan bawah tanah dan bertempur di medan perang.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: