ATAS SEJADAH CINTA

Product Code: ATAS SEJADAH CINTA
Availability:
In Stock
Price: RM10.00

Demi kasih terhadap Zaim, dia rela berkorban apa sahaja demi melihat suaminya bahagia. Biarpun sering terluka, Syamimi terus tabah menanti kasih suaminya. Cukuplah senafas dirasai, itu sudah memadai baginya.

Oh! Awak boleh buat permintaan untuk saya menikahi suami awak sedangkan permintaan saya awak tidak sudi terima. Awak fikir saya ini apa?Walaupun cinta saya pada Zaim begitu mendalam, tetapi saya tidak sebegitu hina untuk meruntuhkan rumahtangga orang lain”.

Airmata Sumaiyyah sudah mengalir tidak henti-henti. Dia benar-benar tidak menyangka wanita yang dinikahi Zaim punya hati yang begitu mulia sehingga sanggup mengorbankan diri sendiri demi kebahagiaan suaminya.

“Entah anak siapa yang dikandungnya lepas itu kau perangkap akukan? Nak tutup perbuatan keji kau yang tak sepadan dengan penampilan kau yang ala-ala perempuan solehah konon”. 

Tuduhan yang dilemparkan oleh Zaim itu membuatkan hati Syamimi benar-benar tersiat. Tidak pernah terlintas walau sedetik di hatinya untuk curang dengan suami yang disayangi biarpun kala ini Zaim sudah tidak mengingatinya.

“Sumaiyyah, betapa pedihnya hati abang bila Sumaiyyah cela abang bermacam-macam. Sumaiyyah cakap Sumaiyyah malu mempunyai seorang suami yang tak bermaruah seperti abang”.

“Sumaiyyah tuduh abang buat kerja terkutuk. Sumaiyyah jijik dengan abang, malah yang paling mengguriskan hati abang Sumaiyyah cakap abang tak layak menjadi bapa kepada anak kita”.

Sumaiyyah terus meraung sekuat hati sambil memeluk kaki Farihin seerat-eratnya. Sumaiyyah mulai merasa takut. Bagaimana jika Farihin enggan memaafkannya? Bagaimana jika Farihin menghukumnya dengan sesuatu di luar jangkaannya?

Farihin, lelaki baik dan warak yang begitu naif tidak sudah-sudah hatinya dilukai namun dia tidak pernah letih memberi kemaafan. Segala cerca dan penghinaan ditelan jua demi kasih terhadap Sumaiyyah. Di Atas Sejadah Cinta, itulah isteri yang diharap menantinya di jannah Allah.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad            Good

Enter the code in the box below: